Kerjaya Trisha Ooi

Trisha memulakan kerjayanya awalnya di belakang tabir sebagai pelagak ngeri wanita ketika menimba ilmu persilatan, namun tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan pada mulanya.[2]

Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau membintangi filem Wira (2019) arahan Adrian Teh,[3] seterusnya membintangi drama KL Gangster: Underworld dan Hari Kita Jatuh Cinta. Trisha mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi lakonannya dalam Risik Pada Hati yang disiarkan di TV3. Dalam drama ini, beliau memegang watak perampas suami orang yang bernama Erra.[4][5]